Petua Bibir Merekah

Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.
Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Renungan

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Renungan

"Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati! Sekali lagi diingatkan, jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat!"

(Click the picture to enlarge)

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Walaupun keyakinan diri adalah kunci kejayaan kepada seseorang tetapi gemuruh berlebihan yang mampu menjejaskan keyakinan diri bukan selalunya sesuatu yang baik. Ini kerana ia boleh menjadi petunjuk kepada seseorang itu mengenai keinginannya yang kuat terhadap sesuatu. Perasaan gemuruh yang ada dalam diri boleh digunakan sebaik mungkin dengan cara ia tidak dibiarkan menguasai diri kerana jika tiada kawalan, ia mampu melemahkan seseorang itu serta merosakkan penampilannya ketika berhadapan orang ramai. Kebiasaannya, perasaan gemuruh lebih mudah menyerang seseorang apabila dia sedang berhadapan dengan sesuatu yang sangat diingininya. Walaupun perasaan berkenaan adalah sesuatu yang normal dan mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan manusia tetapi ia harus bijak ditangani supaya tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

Ada beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu menjadi mangsa kepada perasaan gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dengan baik. Antaranya adalah apabila seseorang itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang lain, sebagai satu masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dengan isu sebenar selain menyekatnya untuk memajukan diri. Petunjuk lain yang memberi tanda seseorang itu dikuasai perasaan gemuruh adalah terlalu risau, sering memikirkan, merendahkan dan mengkritik diri sendiri apabila rasa gemuruh menguasai diri. Selain itu, tanda lain yang menunjukkan seseorang itu terlalu dikuasai perasaan gemuruh adalah sering melawan atau cuba mengawalnya di hadapan orang hingga kadang-kala menyebabkan ia terlupa apa yang perlu diucapkan serta hilang keyakinan diri sehingga tidak sabar pulang ke rumah. Seseorang yang terlalu membiarkan perasaan gemuruh dalam dirinya juga akan menyebabkan otot badannya kejang dan bernafas pendek kerana mahu mengawal rasa gemuruh dalam perasaannya, hingga ia mampu menyebabkan percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta kurang sopan. Sering kali juga seseorang yang terlalu gemuruh akan menipu diri sendiri dengan cuba mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain supaya ia tidak terlalu mengganggunya tetapi helah itu tidak akan berkesan selamanya. Jika terus membiarkan diri sentiasa berasa gemuruh, dibimbangi ia mampu bertukar menjadi tenaga negatif yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan hingga membawa masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kerisauan melampau dan panas baran. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai masalah gemuruh bersikap seperti bukan diri sendiri sebenar kerana mahu memuaskan hati orang lain selain terlalu mengikut kata-kata orang lain. Perasaan gemuruh bukan sesuatu yang asing kerana hampir setiap orang mengalaminya. Contohnya ketika seseorang itu mahu berkenalan dengan orang yang menarik perhatiannya. Apabila seseorang itu terlalu berfikir mengenai bagaimana ingin berhadapan dengan perkara yang diingininya, keadaan itu akan menyebabkan perasaan gemuruh menjadi berganda berikutan perasaan berdebar-debar.

Ada
banyak cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dengan mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah keupayaan diri sendiri atau bercakap terlalu pantas supaya orang sekeliling dapat memahami apa yang diucapkan. Selain itu, seseorang itu dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya kerana keadaan itu akan menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila bercakap dengan seseorang, sentiasa melihat kepada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan yang membosankan atau bercakap topik tidak menarik pada orang lain dan paling penting bagi mengatasi masalah gemuruh adalah keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Tengah hari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir menguapkan bau neraka. Hembusan angin sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambah panas udara semakin tinggi dari detik ke detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat yang ada dalam apartemen-apartemen berbentuk kubus dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat.

Memang, istirahat di dalam flat sambil menghidupkan pendingin ruangan jauh lebih nyaman daripada berjalan ke luar rumah, meski sekadar untuk shalat berjamaah di masjid. Panggilan azan zhuhur dari ribuan menara yang bertebaran di seantero kota hanya mampu menggugah dan menggerakkan hati mereka yang benar-benar tebal imannya. Mereka yang memiliki tekad beribadah sesempurna mungkin dalam segala musim dan cuaca, seperti karang yang tegak berdiri dalam deburan ombak, terpaan badai, dan sengatan matahari. Ia tetap teguh berdiri seperti yang dititahkan Tuhan sambil bertasbih tak kenal kesah. Atau, seperti matahari yang telah jutaan tahun membakar tubuhnya untuk memberikan penerangan ke bumi dan seantero mayapada. Ia tiada pernah mengeluh, tiada pernah mengerang sedetik pun menjalankan titah Tuhan.
Awal-awal Agustus memang puncak musim panas.
Dalam kondisi sangat tidak nyaman seperti ini, ...

Wahh...exam dah nak dekat...huhu~

Assignment banyak lagi tak siap...

Apa mau jadi nieh...uhU~

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Sempena hari raya yang mulia ini saya ingin memohon maaf kepada semua, tidak kira siapa yang mengenali atau tidak.
Semoga hari raya ini disambut dengan penuh kegembiraan.

Selamat Berpuasa

Salam ramadhan kepada semua. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang diberikan oleh ALLAH swt.

Asal Usul Solat

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:-Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan.

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:-Dukacita terhadap anak Firaun.

7 Kalimat

“Utamakan Selamat dan Sihat untuk Duniamu, Utamakan Solat dan Zakat untuk Akhiratmu”.

Subhanallah…

Sabda Rasulullah S.A.W., “Barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut”.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap Lahaulawalakuwwataillabillah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Innalillahiwainnailaihirajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap LailahaillaAllahumuhammadurrasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walaupun sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa kerana sudah biasa.

AMIN

Dalam sebuah hadis ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk ke dalam rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu, syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat untuk memeliharanya hingga subuh.

2. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

5. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

6. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya (mereka semua memohon keampunan baginya).

7. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

8. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

Ketahuilah wahai muslim dan muslimah bahawa Allah SWT mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa. Adab dan cara kita menghadap mereka mesti lebih istimewa daripada menghadap orang-orang lainnya.

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.” (Al-Isra’: 23-24)

Si anak, sama ada lelaki atau wanita, wajib kepadanya bercakap secara lembut, sopan dan kasih saying kepada ibu bapanya. Si anak tidak boleh bercakap kasar dan mengatakan kata-kata yang tidak baik sekalipun ibu bapanya terkadang memulakan kata-kata kuat dan kasar.

“Di antara kewajipan seseorang mukalaf ialah berbakti kepada ibu bapanya. Ertinya berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun mereka itu orang fasik. Bahkan ibu bapa yang bukan muslim pun masih wajib berbuat baik kepadanya. Si anak dituntut pergi menjumpai orang tuanya di gereja kalau keadaan memerlukan.

Wajib mendengar dan mentaati arahan ibu bapa selama mereka menyuruh kepada yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak. Kalau yang mereka suruh itu dilarang oleh syarak tidak boleh dilaksanakan.

Firman Allah:

Dan kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau mengikuti keduanya. (Al-Ankabut: 8)

Emak kita dahulu tersenyum dan gembira, terkadang sambil bersiul atau menyanyi, ketika membasuh kotoran kita. Kalau ibu kita sudah tua apakah kita sanggup tersenyum sambil menyanyi membersihkan kotorannya?

Memang cinta dan kasih saying ibu bapa kita kepada kita sewaktu kecil dahulu tidak sama dengan kasih kita kepada mereka setelah mereka tua. Pepatah mengatakan: “Cinta ibu sepanjang jalan dan cinta anak sepanjang galah.”

Hadis Rasulullah SAW banyak yang menyuruh supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam hadis itu diterangkan tentang ganjaran baik yang diterima orang yang berbakti kepada ibu bapanya, sama ada ganjaran di dunia apalagi di akhirat kelak. Dan sebaliknya, dalam banyak hadis juga diterangkan dosa derhaka kepada ibu bapa. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya selain dia mendapat dosa, banyak juga akibat buruk yang akan diterimanya semasa hidup di dunia ini.


 

Edited By My Beloved AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews