About Me
My Blog List
-
Sejarah Ringkas Johor Bahru13 years ago
-
Nostalgia 201015 years ago
-
Salam...lilicomel nak kongsi penghabisan perkongsian entry berkenaan 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri' arini...lilicomel nk mula dgn topik kecil berkenaan Tanda2 Yang Memungkinkan Anda Memerlukan Bantuan NPL CSB...Mari kita lihat tanda2nye...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MENGAWAL KEWANGAN ANDA...
- SEKIRANYA BEBANAN KREDIT ANDA SEMAKIN BERAT DAN TIDAK DAPAT DIURUSKAN...
- SEKIRANYA ANDA HANYA MAMPU MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBANYAK 5% UNTUK KREDIT PINJAMAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA MENGELUARKAN WANG TUNAI PENDAHULUAN DARIPADA AKAUN KREDIT UNTUK MEMBIAYAI PERBELANJAAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SIMPANAN UNTUK KECEMASAN PERIBADI ATAU KELUARGA ANDA...
- SEKIRANYA PEMIUTANG KERAP MENGHUBUNGI ANDA...
- SEKIRANYA ANDA DIBERI NOTIS TUNTUTAN GUAMAN...
- PENGURUSAN KEWANGAN - Buat simpanan untuk masa hadapan. Mulakan menyimpan bermula hari ini. Menyimpan sekurang2nya 10% drpd pendapatan bulanan. Sediakan duit untuk perkara kecemasan. Lakukan bajet dan rancang ia dengan bijak. Sentiasa meletakkan sasaran mengenai perancangan kewangan.
- PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN - Tahu tujuan pinjaman dilakukan dan tahu bagaimana untuk melangsaikannya. Sentiasa berhati2 dengan terma dan syarat pinjaman itu. Mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif pinjaman anda. Sentiasa menepati waktu bayaran untuk memberikan reputasi yg baik dan mengelakkan kadar faedah yg tinggi. Jangan sekali2 membuat pinjaman drpd peminjam tidak berlesen.
- PENGGUNAAN KAD KREDIT - Jadilah pengguna yg bertanggungjawab. Jangan gunakan kad kredit anda untuk pendahuluan wang tunai. Jangan gunakan kad kredit anda selagi belum membuat bayaran untuk bulan yg lepas. Cuba lunaskan hutang kad kredit dan jika tidak bayar melebihi amaun minimum yg ditetapkan. Periksa semua penyata kad kredit anda supaya tiada penyalahgunaan oleh pihak lain. Disiplinkan diri apabila menggunakan kad kredit dan jangan terlalu mengikut kehendak kerana ini boleh menjadi tabiat kurang baik.
Labels: hutang
Arinie lilicomel nk sambung b'kenaan tajuk entry 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...Tajuk kecil pd arinie adalah 'Kawalan Kewangan'...nk tau lebih lanjut sila baca entry di bawah...terima kasih...
Kini, NPL CSB memasuki IPTA,IPTS, koperasi dll agensi yg b'minat bagi memberi pendidikan mengenai pengurusan kewangan dan kredit. Ini kerana mereka melihat ia merupakan 1 perkara penting untuk menguruskan kehidupan.
"Hutang yg tidak diuruskan dengan baik juga akan menyebabkan ancaman kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Ia boleh membawa kepada penceraian, pergaduhan rumah tangga sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga, anak2 & masyarakat sekeliling." Diriwayat dari Bukhari bahawa Rasulullah SAW berpesan, "Individu yg meminjam dan berniat ingin mengebalikannya, maka Allah akan mengembalikan pinjaman itu, tetapi individu yg meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya," (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Kepada mereka yg mahu berhutang, perkara utama yg perlu dilakukan ialah tanya kepada diri sendiri, BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR SEMULA HUTANG ITU?. Mereka juga perlu tahu komitmen lain yg perlu dijelaskan seperti perbelanjaan isi rumah, perubatan dan pelbagai lagi. Sekiranya berasa yakin dan mempunyai jalan untuk melangsaikan hutang, maka bolehlah mereka mengambil komitmen itu.
Pengguna dinasihatkan agar mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif yang dikenakan sebelum membuat mana2 pinjaman. Ramai antara peminjam yg tidak memahami mengenai perkara ini. Pendidikan kewangan dan kredit adalah penyelesaian ke atas semua masalah yg dihadapi oleh pengguna pada masa ini. Jadi NPL CSB di bawah PROGRAM PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN (Program PKP) menjadikannya sebagai objektif Program PKP iaitu menyediakan satu kaedah yang efektif bagi MEMBANTU SERTA MEMUDAHKAN PEMINJAM MEMBAYAR HUTANG DAN MEMBINA SIMPANAN MASA DEPAN ANAK2. Ini sekaligus membolehkan mereka hidup dalam keadaan tenteram melalui cara pengurusan kredit yg wajar.
*akan bersambung pd masa akan datang..terima kasih...
Labels: hutang
Salam semua....arinie lilicomel nk sambung citer yg t'gendala sblm nie b'kaitan dgn 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...
NPL yg ditubuhkan mempunyai visi iaitu 'Bayar Hutang secara Muafakat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun berhutang sesuatu perkara yang tidak dilarang dalam Islam, namun apa yang perlu diingatkan ialah setiap hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud: " Semua dosa orang yg mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah).
Melalui hadis tersebut dapat kita membayangkan betapa beratnya hukuman ke atas hutang yang tidak dibayar. Dengan itu pihak NPL CSB telah menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka yag mempunyai masalah untuk merancang membiayai hutang yg telah membebankan.
Menurutnya, peserta yg mendapatkan perkhidmatan NPL CSB tergolong daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakkan kes dan faktor yg menyumbang kpd masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman adalah disebabkan lemah pengurusan wang, kurang punca pendapatan, tidak bertanggungjawab dan ambil mudah hukum hutang.
lilicomel akan sambung semula pd masa akan datang...tq
Labels: hutang
Labels: hutang
salam...tajuk entry kali nie adalah misz...act ak xtau pn nk post per...tp tb2 ak t'pk nk posttajuk nie...mayb die b'kaitan dgn ak kot...yg sgt2 misz 'it'...hohoho~
Labels: ntah
BAHAN A:
250 ml mentega
400 gm gula kastor
BAHAN B:
5 biji telur gred B
BAHAN C:
100 gm serbuk koko
400 gm tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN D:
400 ml susu segar
100 ml krim putar UHT
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B sebiji demi sebiji, kemudian putar lagi.
3. Satukan bahan C. Kemudian satukan pula bahan D.
4. Masukkan bahan C dan bahan D berselang-seli. Putar sehingga sebati (sekejap sahaja).
5. Sapukan bekas alumunium dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
6. Bakar selama sejam setengah atau sehingga masak pada suhu 180oC.
lama gak x jenguk blog nie...sowi r...
bkn per...bz skit...dgn fb skg nie...
hehehe~
ntah per r citer blogger2 ln erk...msh xtve @ dh jdk cm ak...
huhu~
bkn nie dpt yg br tggl'n yg lm...
cm xb'kesempatan jerk...
anywy entri X nie juz nk wish luck kt adeq pmj yg wt prog opkim kt muar 2...
al da best 2 korang...
adeq kte pn join gak...
ntah per r citer die...dgr citer family die ok...
alhmdlh r...
hadiah tok family 2 jgn lpa bg plak yea...
hohoho~
klu weekend nie de yg free,,, blh r kte konvoi rmi2 g rmh kak ana...
mjls walimatul urus die...
smga b'kekalan hngga akhr hayat hendaknya...
dr jauh doa sy layang'n utk akk...
Amin...
ntah pape jerk r ak merapu nie...smua nk tls 1x...hehehe~
2 r psl... dh lm sgt x b'blog...huhuhu~
2 jerk kot wt ms nie...klu de yg t'tggl nnt ak msk'n kt entri br yea...
daaaaa........
Labels: ntah





WALAUPUN DARI SEGI EKONOMI...
Labels: produk israel
SAPE2 YG TGH B’CINTA @ BR NK B’CINTA @ TGH B’TUNANG…AMAL2’N LAH DOA NIE…
Ya Allah…Seandainya Telah Engkau Catatkan…Dia Milikku Tercipta Buatku…Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku…Titipkanlah Kebahagian Antara Kami…Agar Kemesraan Itu Abadi…Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…Seiringkanlah Kami Melayari Hidup Ini…Ketepian Yang Sejahtera Dan Abadi…
Tetapi Ya Allah…Seandainya Telah Engkau Takdirkan…Dia Bukan Miliku…Bawalah Dia Jauh Dari Pandanganku…Luputkanlah Dia Dari Ingatanku…Dan Peliharalah Aku Dari Kekecewaan…
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…Berikanlah Aku Kekuatan…Melontar Bayangannya Jauh Ke Dada Langit…Hilang Bersama Senja Nan Merah…Agarku Bisa Bahagia…Walaupun Tanpa Bersama Dengannya…
Dan Ya Allah Yang Tercinta…Gantilah Yang Telah Hilang…Tumbuhkanlah Kembali Yang Telah Patah…Walaupun Tidak Sama Dengan Dirinya…
Ya Allah Ya Tuhanku…Pasrahkanlah Aku Dengan Takdirmu…Sesungguhnya Apa Yang Telah Engkau Takdirkan…Adalah Yang Terbaik Buat Ku…Kerana Engkau Maha Mengetahui…Segala Yang Terbaik Buat Hambamu Ini…
Ya Allah…Cukuplah Engkau Sahaja Yang Menjadi Pemeliharaku…Di Dunia & Di Akhirat…Dengarlah Rintihan Dari Hambamu Yang Daif Ini…Jangan Engkau Biarkan Aku Sendirian…Di Dunia Ini Mahupun Di Akhirat…Menjuruskan Aku Ke Arah Kemaksiatan & Kemungkaran…Maka Kurniakanlah Aku Seorang Pasangan Yang Beriman…Supaya Aku Dan Dia Sama2 Dapat Membina Kesejahteraan Hidup…Ke Jalan Yang Engkau Redhai…Dan Kurniakanlah Padaku Keturunan Yang Soleh…
AMIN...
Labels: doa n amalan
Labels: adik2
Orang kata aku lahir dari perut ibu…
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku…..ibu
Bila lapar, yang suapkan aku….. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..... ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut….. Ibu
Bila bangun tidur, aku cari..... ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..... ibu
Bila nak bermanja, aku dekati..... ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..... ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... ibu
Bila nakal, yang memarahi aku..... ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma..... ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..... ibu
Bila takut, yang tenangkan aku….. ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..... ibu
Aku selalu teringatkan ..... ibu
Bila sedih, aku mesti talipon..... ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…... ibu
Bila bengang aku suka luah pada….. ibu
Bila takut, aku selalu panggil….. "ibbuuu!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah..... ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga..... ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..... ibu
Bila ada masalah, yang paling risau….. ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku..... ibu
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…... ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….. ibu
Yang selalu berleter kat aku….. ibu
Yang selalu puji aku..... ibu
Yang selalu nasihat aku….. ibu
Bila nak kahwin. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...... ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri.....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..... ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... eibuku
Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... ibu
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk ibu? ibu bukan nak banyak...
Tapi kalau ibu sudah tiada…..
IBBUUU….. RINDU IBU..... RINDU SANGAT.....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…..
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.....
Labels: ibu
apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?..
nama blog kte...lilicomel...
nama ni di plh coz blog nie mengenai aper2 jerk yg kte tahu n nk share'n kt sape2 yg sudi n berkelapangan bc blog nie...lili@achik@sue nick nameku.smua nm2 nie de sejarah yg t'sendiri...
apakah link blog anda skrg dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya spt itu?
linkku..http://lilicomel.com...
timbul idea nk ltk link 2 cz kte suke gn nm lilicomel 2...xksh r per orang nk kta...
apakah method dlm penulisan blog anda
xde method yang tetap...juz wrote watever i want...
pernah terasa nak hapuskan blog anda?kenapa?
xpernah sama sekali wlupn kte lama xwt post2 br cz blog nie teman di samping kawan n sahabat yang nyata...
apakah pendapat anda mengenai blog kpd pemilik blog yg tag anda ini?
owner kpd blog yg tag kte nie musz nama nyer...blog die so far so good cz die rajin nk update blog die...he3...compare 2 me...
senaraikan calon yg akn di tag...
||Miss.Ayu||
AzmIe_(",)
ubivgo
Labels: Tag
salam...
post yg lps kte b'kongsi pasal Parfum, EDP,EDT dan EDC...tp kali nie kte nak b'kongsi plak pasal kawasan2 yang paling efektif untuk memakai haruman...
JOM CUBA MELAPIS HARUMAN!!!...
jika mahukan haruman kekal lebih lama, cuba melapis haruman anda dengan rangkaian penuh haruman tersebut...makne nyer, cuba gunakan haruman yang sama untuk deodorant@body lotion@body spray dan PC...
contohnyer seperti nie...
- semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi...
- pas2, gunakan deodorant agar anda terlindung dari bau badan...
- den, pastikan kulit lembap dengan body lotion...
- after dat, semburkan minyak wangi (Parfum@EDP@EDT@EDC) pada kawasan denyutan nadi...
- n last 1x, after selang beberapa jam, layangkan PC@purse concentre ke pergelangan tangan dan leher...
('-')
Labels: parfum
salam...
maaf lama tidak bersua dalam blog nie...almaklum r banyak sangat yang perlu diuruskan...
kali nie kte nak share sikit sebanyak aper yang kte tahu psl tajuk kali nie...cuba anda smua lihat pada botol minyak wangi yang anda gunakan sekarang nie...terdapat x label2 yang kte state'n kat atas 2. contohnyer cam parfum@perfume, EDP, EDT dan EDC. anda semua pernah tahu tak aper bezanyer antara semua jenis wangian yang telah dinyatakan...b4 dat...haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangi tersebut yang mana lebih pekat haruman itu, meantz lebih kuat baunyer dan lebih lama ia kekal.
- parfum@perfume merupakan minyak wangi yang paling pekat dan paling mahal serta berharuman paling kuat...
- eau de parfum mempunyai kepekatan kedua tertinggi dan tahan lama hingga 8 jam dan ianya sesuai dipakai ke majlis formal atau makan malam...
- eau de toilette kurang pekat...haruman separa ringan dan kekal sekitar 3-4 jam dan ianya sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat atau jamuan separuh ringan...
- eau de cologne mempunyai kepekatan terendah yang mana harumanyer ringan dan kekal sekitar 2-3 jam dan sesuai untuk pemakaian kasual atau bila berada dalam cuaca panas...
Labels: kongsi2
Tag from AzmIe_(",)
PERATURAN TAG:
* Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
* Put it on shuffle
* Press play
* For every question, type the song that’s playing
* When you go to a new question, press the next button
* Once completed, tag 5 other people (including me!)
DON’T CHEAT! (Aku jawab dengan penuh jujur!)
Winamp is playing...hoho~
Opening Credits:
My Chemical Romance - Teenagers
Waking Up:
Shima - Setelah Aku Kau Miliki
First Day At School:
Nur Fatimah - Selembut Sutera
Puppy Love:
Drama Thai - OST Pheonix Blood - Piang Neung Kum
Fight Song:
Santa Esmeralda - You're My Everything
Breaking Up:
All About Eve - True Love
Prom:
Nyanyian Dari Penjara - Permintaan Terakhir (sape nyanyi erk..)
Life is Good:
Meditasi - Biar Pedih Kasih Memanjang
Driving:
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada
Flashback:
Get - Pertama Dan Terakhir
True Love:
Slam - Rindiani
Wedding:
Spring - Kemarau Kasih
Moment of Triumph:
Queen - We Are The Champions
Death Scene:
Ungu - Sesungguhnya (Ost Soleha)
Funeral Song:
Romance - Ku Ingin Kamu
End Credits:
SO7 - Melompat Lebih Tinggi
now go, its fun!!
1. Akmal
2. Ayu
3. Min
4. Epong
5. Suriya

