'IBU'

Orang kata aku lahir dari perut ibu…

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…..ibu

Bila lapar, yang suapkan aku….. ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..... ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut….. Ibu

Bila bangun tidur, aku cari..... ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..... ibu

Bila nak bermanja, aku dekati..... ibu

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..... ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... ibu

Bila nakal, yang memarahi aku..... ibu

Bila merajuk, yang memujukku cuma..... ibu

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..... ibu

Bila takut, yang tenangkan aku….. ibu

Bila nak peluk, yang aku suka peluk..... ibu

Aku selalu teringatkan ..... ibu

Bila sedih, aku mesti talipon..... ibu

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…... ibu

Bila bengang aku suka luah pada….. ibu

Bila takut, aku selalu panggil….. "ibbuuu!!! "

Bila sakit, orang paling risau adalah..... ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga..... ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..... ibu

Bila ada masalah, yang paling risau….. ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….. ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku..... ibu

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…... ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….. ibu

Yang selalu berleter kat aku….. ibu

Yang selalu puji aku..... ibu

Yang selalu nasihat aku….. ibu

Bila nak kahwin. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...... ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri.....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... ibu

Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada..... ibu

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat..... eibuku

Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... ibu

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu... ibu ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon ibu

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk ibu? ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau ibu sudah tiada…..

IBBUUU….. RINDU IBU..... RINDU SANGAT.....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…..

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.....

TAg Dr Musz...

apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?..
nama blog kte...lilicomel...
nama ni di plh coz blog nie mengenai aper2 jerk yg kte tahu n nk share'n kt sape2 yg sudi n berkelapangan bc blog nie...lili@achik@sue nick nameku.smua nm2 nie de sejarah yg t'sendiri...

apakah link blog anda skrg dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya spt itu?
linkku..http://lilicomel.com...
timbul idea nk ltk link 2 cz kte suke gn nm lilicomel 2...xksh r per orang nk kta...

apakah method dlm penulisan blog anda
xde method yang tetap...juz wrote watever i want...


pernah terasa nak hapuskan blog anda?kenapa?
xpernah sama sekali wlupn kte lama xwt post2 br cz blog nie teman di samping kawan n sahabat yang nyata...

apakah pendapat anda mengenai blog kpd pemilik blog yg tag anda ini?
owner kpd blog yg tag kte nie musz nama nyer...blog die so far so good cz die rajin nk update blog die...he3...compare 2 me...

senaraikan calon yg akn di tag...
||Miss.Ayu||
AzmIe_(",)
ubivgo


salam...
post yg lps kte b'kongsi pasal Parfum, EDP,EDT dan EDC...tp kali nie kte nak b'kongsi plak pasal kawasan2 yang paling efektif untuk memakai haruman...
JOM CUBA MELAPIS HARUMAN!!!...
jika mahukan haruman kekal lebih lama, cuba melapis haruman anda dengan rangkaian penuh haruman tersebut...makne nyer, cuba gunakan haruman yang sama untuk deodorant@body lotion@body spray dan PC...
contohnyer seperti nie...

  1. semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi...
  2. pas2, gunakan deodorant agar anda terlindung dari bau badan...
  3. den, pastikan kulit lembap dengan body lotion...
  4. after dat, semburkan minyak wangi (Parfum@EDP@EDT@EDC) pada kawasan denyutan nadi...
  5. n last 1x, after selang beberapa jam, layangkan PC@purse concentre ke pergelangan tangan dan leher...
dat al 4 2day...anda semua boleh cuba langkah2 di atas...semoga berjaya n anda semua kekal wangi sepanjang masa...
('-')

salam...
maaf lama tidak bersua dalam blog nie...almaklum r banyak sangat yang perlu diuruskan...
kali nie kte nak share sikit sebanyak aper yang kte tahu psl tajuk kali nie...cuba anda smua lihat pada botol minyak wangi yang anda gunakan sekarang nie...terdapat x label2 yang kte state'n kat atas 2. contohnyer cam parfum@perfume, EDP, EDT dan EDC. anda semua pernah tahu tak aper bezanyer antara semua jenis wangian yang telah dinyatakan...b4 dat...haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangi tersebut yang mana lebih pekat haruman itu, meantz lebih kuat baunyer dan lebih lama ia kekal.

  • parfum@perfume merupakan minyak wangi yang paling pekat dan paling mahal serta berharuman paling kuat...
  • eau de parfum mempunyai kepekatan kedua tertinggi dan tahan lama hingga 8 jam dan ianya sesuai dipakai ke majlis formal atau makan malam...
  • eau de toilette kurang pekat...haruman separa ringan dan kekal sekitar 3-4 jam dan ianya sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat atau jamuan separuh ringan...
  • eau de cologne mempunyai kepekatan terendah yang mana harumanyer ringan dan kekal sekitar 2-3 jam dan sesuai untuk pemakaian kasual atau bila berada dalam cuaca panas...
so, nanti anda semua boleh r lihat pada botol minyak wangi yang anda gunakan...kter hanye berkongsi...salah n silap maklumat harap dimaafkan...ho3 ('-')

2nd Tag

Tag from AzmIe_(",)

PERATURAN TAG:

* Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)

* Put it on shuffle

* Press play

* For every question, type the song that’s playing

* When you go to a new question, press the next button

* Once completed, tag 5 other people (including me!)



DON’T CHEAT! (Aku jawab dengan penuh jujur!)


Winamp is playing...hoho~

Opening Credits:
My Chemical Romance - Teenagers

Waking Up:
Shima - Setelah Aku Kau Miliki

First Day At School:
Nur Fatimah - Selembut Sutera

Puppy Love:
Drama Thai - OST Pheonix Blood - Piang Neung Kum

Fight Song:
Santa Esmeralda - You're My Everything

Breaking Up:
All About Eve - True Love

Prom:
Nyanyian Dari Penjara - Permintaan Terakhir (sape nyanyi erk..)

Life is Good:
Meditasi - Biar Pedih Kasih Memanjang

Driving:
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Flashback:
Get - Pertama Dan Terakhir

True Love:
Slam - Rindiani

Wedding:
Spring - Kemarau Kasih

Moment of Triumph:
Queen - We Are The Champions

Death Scene:
Ungu - Sesungguhnya (Ost Soleha)

Funeral Song:
Romance - Ku Ingin Kamu

End Credits:
SO7 - Melompat Lebih Tinggi

now go, its fun!!
1. Akmal
2. Ayu
3. Min
4. Epong
5. Suriya

Tag

Tag from AzmIe_(",)

Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog Lili untuk mendapatkan award anda".

10 perkara berkaitan Lili
1. Nama Lilisuryanengsih Binti Mazri
2. Asal Johor Bahru
3. Sekarang masih belajar
4. Suka buat kek coklat
5. Suka ambik gambar candid
6. Suka makan masakan ibu
7. Suka window shopping
8. Suka main game
9. Suka marah orang
10. Suka makan coklat


So, award ini ku tujukan kepada:
1. Azlina
2. Muslimah
3. Akmal
4. Suriya
5. Sesiapa sahaja yang mengenali ...

Petua Bibir Merekah

Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.
Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Renungan

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Renungan

"Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati! Sekali lagi diingatkan, jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat!"

(Click the picture to enlarge)

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Walaupun keyakinan diri adalah kunci kejayaan kepada seseorang tetapi gemuruh berlebihan yang mampu menjejaskan keyakinan diri bukan selalunya sesuatu yang baik. Ini kerana ia boleh menjadi petunjuk kepada seseorang itu mengenai keinginannya yang kuat terhadap sesuatu. Perasaan gemuruh yang ada dalam diri boleh digunakan sebaik mungkin dengan cara ia tidak dibiarkan menguasai diri kerana jika tiada kawalan, ia mampu melemahkan seseorang itu serta merosakkan penampilannya ketika berhadapan orang ramai. Kebiasaannya, perasaan gemuruh lebih mudah menyerang seseorang apabila dia sedang berhadapan dengan sesuatu yang sangat diingininya. Walaupun perasaan berkenaan adalah sesuatu yang normal dan mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan manusia tetapi ia harus bijak ditangani supaya tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

Ada beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu menjadi mangsa kepada perasaan gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dengan baik. Antaranya adalah apabila seseorang itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang lain, sebagai satu masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dengan isu sebenar selain menyekatnya untuk memajukan diri. Petunjuk lain yang memberi tanda seseorang itu dikuasai perasaan gemuruh adalah terlalu risau, sering memikirkan, merendahkan dan mengkritik diri sendiri apabila rasa gemuruh menguasai diri. Selain itu, tanda lain yang menunjukkan seseorang itu terlalu dikuasai perasaan gemuruh adalah sering melawan atau cuba mengawalnya di hadapan orang hingga kadang-kala menyebabkan ia terlupa apa yang perlu diucapkan serta hilang keyakinan diri sehingga tidak sabar pulang ke rumah. Seseorang yang terlalu membiarkan perasaan gemuruh dalam dirinya juga akan menyebabkan otot badannya kejang dan bernafas pendek kerana mahu mengawal rasa gemuruh dalam perasaannya, hingga ia mampu menyebabkan percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta kurang sopan. Sering kali juga seseorang yang terlalu gemuruh akan menipu diri sendiri dengan cuba mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain supaya ia tidak terlalu mengganggunya tetapi helah itu tidak akan berkesan selamanya. Jika terus membiarkan diri sentiasa berasa gemuruh, dibimbangi ia mampu bertukar menjadi tenaga negatif yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan hingga membawa masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kerisauan melampau dan panas baran. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai masalah gemuruh bersikap seperti bukan diri sendiri sebenar kerana mahu memuaskan hati orang lain selain terlalu mengikut kata-kata orang lain. Perasaan gemuruh bukan sesuatu yang asing kerana hampir setiap orang mengalaminya. Contohnya ketika seseorang itu mahu berkenalan dengan orang yang menarik perhatiannya. Apabila seseorang itu terlalu berfikir mengenai bagaimana ingin berhadapan dengan perkara yang diingininya, keadaan itu akan menyebabkan perasaan gemuruh menjadi berganda berikutan perasaan berdebar-debar.

Ada
banyak cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dengan mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah keupayaan diri sendiri atau bercakap terlalu pantas supaya orang sekeliling dapat memahami apa yang diucapkan. Selain itu, seseorang itu dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya kerana keadaan itu akan menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila bercakap dengan seseorang, sentiasa melihat kepada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan yang membosankan atau bercakap topik tidak menarik pada orang lain dan paling penting bagi mengatasi masalah gemuruh adalah keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Tengah hari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir menguapkan bau neraka. Hembusan angin sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambah panas udara semakin tinggi dari detik ke detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat yang ada dalam apartemen-apartemen berbentuk kubus dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat.

Memang, istirahat di dalam flat sambil menghidupkan pendingin ruangan jauh lebih nyaman daripada berjalan ke luar rumah, meski sekadar untuk shalat berjamaah di masjid. Panggilan azan zhuhur dari ribuan menara yang bertebaran di seantero kota hanya mampu menggugah dan menggerakkan hati mereka yang benar-benar tebal imannya. Mereka yang memiliki tekad beribadah sesempurna mungkin dalam segala musim dan cuaca, seperti karang yang tegak berdiri dalam deburan ombak, terpaan badai, dan sengatan matahari. Ia tetap teguh berdiri seperti yang dititahkan Tuhan sambil bertasbih tak kenal kesah. Atau, seperti matahari yang telah jutaan tahun membakar tubuhnya untuk memberikan penerangan ke bumi dan seantero mayapada. Ia tiada pernah mengeluh, tiada pernah mengerang sedetik pun menjalankan titah Tuhan.
Awal-awal Agustus memang puncak musim panas.
Dalam kondisi sangat tidak nyaman seperti ini, ...

Wahh...exam dah nak dekat...huhu~

Assignment banyak lagi tak siap...

Apa mau jadi nieh...uhU~


 

Edited By My Beloved AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews