Dari Abu Abdirrahman iaitu Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya:
Saya bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Manakah amalan yang lebih tercinta di sisi Allah?"
Beliau menjawab: "Iaitu solat menurut waktunya.″
Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?"
Beliau menjawab: "Berbakti kepada orang tua."
Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau menjawab: "Iaitu berjihad fisabilillah."
(Muttafaq 'alaih)