Menabung amalan yg wajar diterapkan, khususnya dikalangan kanak2 bagi memberi pendedahan sejak usia awal terhadap pengurusan kewangan. Pepatah Melayu, 'melentur buluh biar dari rebung' menjadi asas penting terhadap tabiat yg baik untuk masa depan.
NPL CSB sebuah syarikat yg aktif dalam menyediakan satu kaedah yg efektif bagi membantu peminjam membayar hutang serta membina simpanan masa hadapan. Pengguna perlu optimis bahawa pengguna perlu dilatih pada usia muda membina tabiat penggunaan dan kewangan yg baik.
Justeru, sudah menjadi matlamat NPL CSB untuk meningkatkan kemahiran celik kewangan termasuk membuat perancangan kewangan, bajet dan penggunaan lain secara berhemah.
Dalam Program Pengurusan Kredit Pinjaman yg dicetuskan oleh NPL CSB mendapati tabiat berbelanja secara bijak mengikut keperluan kanak2 masih berada pada tahap rendah. Program itu bagi meninjau corak perbelanjaan kanak2 dan remaja membabitkan 30 orang yg berusia antara 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun.
Sebaliknya mengikut hasil program itu, mentaliti kanak2 dan remaja dalam berbelanja hanya mengikut keinginan dan keutamaan berdasarkan peringkat usia mereka.
Hasil analisis jelas menggambarkan semua golongan ada kecenderungan masing2 dalam memilih barangan dan makanan yg dibeli.
Berdasarkan kepada pola perbelanjaan bagi kanak2 berusia 5 tahun mendapati, alat permainan menjadi produk yg paling tinggi kecenderungan membeli iaitu kira2 54%, diikuti makanan 20%, produk penampilan diri 13%, alat tulis 10% dan produk keperluan rumah 3%.
Pecahan pola perbelanjaan bagi kanak2 berusia 10 tahun pula memilih makanan sebagai utama dibeli iaitu meliputi 33% diikuti alat permainan 25%, produk penampilan diri 19%, alat tulis 14% dan produk kegunaan rumah 9%.
Perbezaan ketara dapat dilihat pola perbelanjaan kepada remaja berumur 15 tahun, iaitu pada peringkat usia sebegini, pilihan utama mereka adalah membeli makanan iaitu meliputi 25%, diikuti produk penampilan diri 23%, produk hiburan 21%, alat tulis 19% dan produk kegunaan rumah 12%.
Apa yg dapat dirumuskan berdasarkan kepada penganalisaan itu, bahawa pola perbelanjaan kanak2 dan remaja jauh berbeza iaitu kanak2 pastinya membeli alat permainan sebagai keperluan utama mereka berbanding remaja suka produk penampilan diri.
Ini jelas menunjukkan semakin meningkat usia seseorang, maka mereka lebih banyak berbelanja untuk menjaga penampilan diri, selain drpd produk hiburan seperti alat telekomunikasi dan telefon bimbit.
Dr segi pemilihan makanan pula, kanak2 dan remaja lebih cenderung membeli makanan mengandungi gula yg tinggi seperti gula2, minuman soda dan biskut.
Semua hasil kajian itu dugunakan oleh NPL CSB untuk merancang program membabitkan pengguna menekankan pendidikan terhadap pengurusan kewangan bermula awal usia, sekaligus membentuk tabiat yg baik dr segi mengawal perbelanjaan.

.....Terima Kasih.....

Penghabisan...

Salam...lilicomel nak kongsi penghabisan perkongsian entry berkenaan 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri' arini...lilicomel nk mula dgn topik kecil berkenaan Tanda2 Yang Memungkinkan Anda Memerlukan Bantuan NPL CSB...Mari kita lihat tanda2nye...

  1. SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MENGAWAL KEWANGAN ANDA...
  2. SEKIRANYA BEBANAN KREDIT ANDA SEMAKIN BERAT DAN TIDAK DAPAT DIURUSKAN...
  3. SEKIRANYA ANDA HANYA MAMPU MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBANYAK 5% UNTUK KREDIT PINJAMAN ANDA...
  4. SEKIRANYA ANDA MENGELUARKAN WANG TUNAI PENDAHULUAN DARIPADA AKAUN KREDIT UNTUK MEMBIAYAI PERBELANJAAN ANDA...
  5. SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SIMPANAN UNTUK KECEMASAN PERIBADI ATAU KELUARGA ANDA...
  6. SEKIRANYA PEMIUTANG KERAP MENGHUBUNGI ANDA...
  7. SEKIRANYA ANDA DIBERI NOTIS TUNTUTAN GUAMAN...
Sebelum lilicomel tutup entry berkenaan 'JBHMD' nie...lilicomel nak beri sikit tips berkenaan Pengurusan Kewangan dan Kredit untuk pembaca2...Terdapat beberapa tips yg ingin lilicomel kongsikan...
  1. PENGURUSAN KEWANGAN - Buat simpanan untuk masa hadapan. Mulakan menyimpan bermula hari ini. Menyimpan sekurang2nya 10% drpd pendapatan bulanan. Sediakan duit untuk perkara kecemasan. Lakukan bajet dan rancang ia dengan bijak. Sentiasa meletakkan sasaran mengenai perancangan kewangan.
  2. PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN - Tahu tujuan pinjaman dilakukan dan tahu bagaimana untuk melangsaikannya. Sentiasa berhati2 dengan terma dan syarat pinjaman itu. Mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif pinjaman anda. Sentiasa menepati waktu bayaran untuk memberikan reputasi yg baik dan mengelakkan kadar faedah yg tinggi. Jangan sekali2 membuat pinjaman drpd peminjam tidak berlesen.
  3. PENGGUNAAN KAD KREDIT - Jadilah pengguna yg bertanggungjawab. Jangan gunakan kad kredit anda untuk pendahuluan wang tunai. Jangan gunakan kad kredit anda selagi belum membuat bayaran untuk bulan yg lepas. Cuba lunaskan hutang kad kredit dan jika tidak bayar melebihi amaun minimum yg ditetapkan. Periksa semua penyata kad kredit anda supaya tiada penyalahgunaan oleh pihak lain. Disiplinkan diri apabila menggunakan kad kredit dan jangan terlalu mengikut kehendak kerana ini boleh menjadi tabiat kurang baik.
Sekian dulu perkongsian lilicomel berkenaan entry yg bertajuk J'ANGAN BIARKAN HUTANG MAKAN DIRI'...InsyaAllah pd masa akan datang kita akan berkongsi lagi dengan tajuk2 yg mungkin lebih menarik...Arigato...

Sambungan.....

Arinie lilicomel nk sambung b'kenaan tajuk entry 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...Tajuk kecil pd arinie adalah 'Kawalan Kewangan'...nk tau lebih lanjut sila baca entry di bawah...terima kasih...


Kini, NPL CSB memasuki IPTA,IPTS, koperasi dll agensi yg b'minat bagi memberi pendidikan mengenai pengurusan kewangan dan kredit. Ini kerana mereka melihat ia merupakan 1 perkara penting untuk menguruskan kehidupan.
"Hutang yg tidak diuruskan dengan baik juga akan menyebabkan ancaman kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Ia boleh membawa kepada penceraian, pergaduhan rumah tangga sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga, anak2 & masyarakat sekeliling." Diriwayat dari Bukhari bahawa Rasulullah SAW berpesan, "Individu yg meminjam dan berniat ingin mengebalikannya, maka Allah akan mengembalikan pinjaman itu, tetapi individu yg meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya," (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Kepada mereka yg mahu berhutang, perkara utama yg perlu dilakukan ialah tanya kepada diri sendiri, BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR SEMULA HUTANG ITU?. Mereka juga perlu tahu komitmen lain yg perlu dijelaskan seperti perbelanjaan isi rumah, perubatan dan pelbagai lagi. Sekiranya berasa yakin dan mempunyai jalan untuk melangsaikan hutang, maka bolehlah mereka mengambil komitmen itu.
Pengguna dinasihatkan agar mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif yang dikenakan sebelum membuat mana2 pinjaman. Ramai antara peminjam yg tidak memahami mengenai perkara ini. Pendidikan kewangan dan kredit adalah penyelesaian ke atas semua masalah yg dihadapi oleh pengguna pada masa ini. Jadi NPL CSB di bawah PROGRAM PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN (Program PKP) menjadikannya sebagai objektif Program PKP iaitu menyediakan satu kaedah yang efektif bagi MEMBANTU SERTA MEMUDAHKAN PEMINJAM MEMBAYAR HUTANG DAN MEMBINA SIMPANAN MASA DEPAN ANAK2. Ini sekaligus membolehkan mereka hidup dalam keadaan tenteram melalui cara pengurusan kredit yg wajar.

*akan bersambung pd masa akan datang..terima kasih...

CONT'.....

Salam semua....arinie lilicomel nk sambung citer yg t'gendala sblm nie b'kaitan dgn 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...

Naib Presiden NPL Consultant Sdn Bhd berkata, NPL ditubuhkan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah melangsaikan hutang. Disamping itu, NPL juga membantu memberikan pendidikan menguruskan kewangan yang bijak kepada peserta.
NPL yg ditubuhkan mempunyai visi iaitu 'Bayar Hutang secara Muafakat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun berhutang sesuatu perkara yang tidak dilarang dalam Islam, namun apa yang perlu diingatkan ialah setiap hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud: " Semua dosa orang yg mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah).
Melalui hadis tersebut dapat kita membayangkan betapa beratnya hukuman ke atas hutang yang tidak dibayar. Dengan itu pihak NPL CSB telah menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka yag mempunyai masalah untuk merancang membiayai hutang yg telah membebankan.
Menurutnya, peserta yg mendapatkan perkhidmatan NPL CSB tergolong daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakkan kes dan faktor yg menyumbang kpd masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman adalah disebabkan lemah pengurusan wang, kurang punca pendapatan, tidak bertanggungjawab dan ambil mudah hukum hutang.

lilicomel akan sambung semula pd masa akan datang...tq


 

Edited By My Beloved AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews