Salam...lilicomel nak kongsi penghabisan perkongsian entry berkenaan 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri' arini...lilicomel nk mula dgn topik kecil berkenaan Tanda2 Yang Memungkinkan Anda Memerlukan Bantuan NPL CSB...Mari kita lihat tanda2nye...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MENGAWAL KEWANGAN ANDA...
- SEKIRANYA BEBANAN KREDIT ANDA SEMAKIN BERAT DAN TIDAK DAPAT DIURUSKAN...
- SEKIRANYA ANDA HANYA MAMPU MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBANYAK 5% UNTUK KREDIT PINJAMAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA MENGELUARKAN WANG TUNAI PENDAHULUAN DARIPADA AKAUN KREDIT UNTUK MEMBIAYAI PERBELANJAAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SIMPANAN UNTUK KECEMASAN PERIBADI ATAU KELUARGA ANDA...
- SEKIRANYA PEMIUTANG KERAP MENGHUBUNGI ANDA...
- SEKIRANYA ANDA DIBERI NOTIS TUNTUTAN GUAMAN...
Sebelum lilicomel tutup entry berkenaan 'JBHMD' nie...lilicomel nak beri sikit tips berkenaan Pengurusan Kewangan dan Kredit untuk pembaca2...Terdapat beberapa tips yg ingin lilicomel kongsikan...
- PENGURUSAN KEWANGAN - Buat simpanan untuk masa hadapan. Mulakan menyimpan bermula hari ini. Menyimpan sekurang2nya 10% drpd pendapatan bulanan. Sediakan duit untuk perkara kecemasan. Lakukan bajet dan rancang ia dengan bijak. Sentiasa meletakkan sasaran mengenai perancangan kewangan.
- PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN - Tahu tujuan pinjaman dilakukan dan tahu bagaimana untuk melangsaikannya. Sentiasa berhati2 dengan terma dan syarat pinjaman itu. Mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif pinjaman anda. Sentiasa menepati waktu bayaran untuk memberikan reputasi yg baik dan mengelakkan kadar faedah yg tinggi. Jangan sekali2 membuat pinjaman drpd peminjam tidak berlesen.
- PENGGUNAAN KAD KREDIT - Jadilah pengguna yg bertanggungjawab. Jangan gunakan kad kredit anda untuk pendahuluan wang tunai. Jangan gunakan kad kredit anda selagi belum membuat bayaran untuk bulan yg lepas. Cuba lunaskan hutang kad kredit dan jika tidak bayar melebihi amaun minimum yg ditetapkan. Periksa semua penyata kad kredit anda supaya tiada penyalahgunaan oleh pihak lain. Disiplinkan diri apabila menggunakan kad kredit dan jangan terlalu mengikut kehendak kerana ini boleh menjadi tabiat kurang baik.
Sekian dulu perkongsian lilicomel berkenaan entry yg bertajuk J'ANGAN BIARKAN HUTANG MAKAN DIRI'...InsyaAllah pd masa akan datang kita akan berkongsi lagi dengan tajuk2 yg mungkin lebih menarik...Arigato...