Menabung amalan yg wajar diterapkan, khususnya dikalangan kanak2 bagi memberi pendedahan sejak usia awal terhadap pengurusan kewangan. Pepatah Melayu, 'melentur buluh biar dari rebung' menjadi asas penting terhadap tabiat yg baik untuk masa depan.
NPL CSB sebuah syarikat yg aktif dalam menyediakan satu kaedah yg efektif bagi membantu peminjam membayar hutang serta membina simpanan masa hadapan. Pengguna perlu optimis bahawa pengguna perlu dilatih pada usia muda membina tabiat penggunaan dan kewangan yg baik.
Justeru, sudah menjadi matlamat NPL CSB untuk meningkatkan kemahiran celik kewangan termasuk membuat perancangan kewangan, bajet dan penggunaan lain secara berhemah.
Dalam Program Pengurusan Kredit Pinjaman yg dicetuskan oleh NPL CSB mendapati tabiat berbelanja secara bijak mengikut keperluan kanak2 masih berada pada tahap rendah. Program itu bagi meninjau corak perbelanjaan kanak2 dan remaja membabitkan 30 orang yg berusia antara 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun.
Sebaliknya mengikut hasil program itu, mentaliti kanak2 dan remaja dalam berbelanja hanya mengikut keinginan dan keutamaan berdasarkan peringkat usia mereka.
Hasil analisis jelas menggambarkan semua golongan ada kecenderungan masing2 dalam memilih barangan dan makanan yg dibeli.
Berdasarkan kepada pola perbelanjaan bagi kanak2 berusia 5 tahun mendapati, alat permainan menjadi produk yg paling tinggi kecenderungan membeli iaitu kira2 54%, diikuti makanan 20%, produk penampilan diri 13%, alat tulis 10% dan produk keperluan rumah 3%.
Pecahan pola perbelanjaan bagi kanak2 berusia 10 tahun pula memilih makanan sebagai utama dibeli iaitu meliputi 33% diikuti alat permainan 25%, produk penampilan diri 19%, alat tulis 14% dan produk kegunaan rumah 9%.
Perbezaan ketara dapat dilihat pola perbelanjaan kepada remaja berumur 15 tahun, iaitu pada peringkat usia sebegini, pilihan utama mereka adalah membeli makanan iaitu meliputi 25%, diikuti produk penampilan diri 23%, produk hiburan 21%, alat tulis 19% dan produk kegunaan rumah 12%.
Apa yg dapat dirumuskan berdasarkan kepada penganalisaan itu, bahawa pola perbelanjaan kanak2 dan remaja jauh berbeza iaitu kanak2 pastinya membeli alat permainan sebagai keperluan utama mereka berbanding remaja suka produk penampilan diri.
Ini jelas menunjukkan semakin meningkat usia seseorang, maka mereka lebih banyak berbelanja untuk menjaga penampilan diri, selain drpd produk hiburan seperti alat telekomunikasi dan telefon bimbit.
Dr segi pemilihan makanan pula, kanak2 dan remaja lebih cenderung membeli makanan mengandungi gula yg tinggi seperti gula2, minuman soda dan biskut.
Semua hasil kajian itu dugunakan oleh NPL CSB untuk merancang program membabitkan pengguna menekankan pendidikan terhadap pengurusan kewangan bermula awal usia, sekaligus membentuk tabiat yg baik dr segi mengawal perbelanjaan.

.....Terima Kasih.....

0 Comments:

Post a Comment




 

Edited By My Beloved AzmIe_(",)
Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews