Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui segala perbuatanku yg aku lakukan secara rahsia dan perbuatanku yg terang-terangan, maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yg ada di dalam sanubariku, maka ampunilah dosaku, Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu iman yg kukuh di hatiku dan keyakinan yg sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yg Engkau telah tetapkan. aku reda dengan apa yg Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yg menolongku di dunia dan di akhirat maka matikanlah aku di dalam Islam dan tempatkanlah diriku bersama orang-orang yg soleh.
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yg mulia ini sebarang dosa pun, melainkan Engkau mengampunkannya. janganlah Engkau biarkan kesempitan melainkan Engkau memperluaskannya dan tidak ada sesuatu hajat yg diminta melainkan Engkau telah mengurrniakannya dan memudahkannya. oleh itu, permudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahi amalan-amalan kami dengan kebaikan, Ya Allah Ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan tempatkanlah kami bersama-sama orang yg soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.
Amin...
Labels: doa
Labels: Kewangan
Salam...lilicomel nak kongsi penghabisan perkongsian entry berkenaan 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri' arini...lilicomel nk mula dgn topik kecil berkenaan Tanda2 Yang Memungkinkan Anda Memerlukan Bantuan NPL CSB...Mari kita lihat tanda2nye...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MENGAWAL KEWANGAN ANDA...
- SEKIRANYA BEBANAN KREDIT ANDA SEMAKIN BERAT DAN TIDAK DAPAT DIURUSKAN...
- SEKIRANYA ANDA HANYA MAMPU MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBANYAK 5% UNTUK KREDIT PINJAMAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA MENGELUARKAN WANG TUNAI PENDAHULUAN DARIPADA AKAUN KREDIT UNTUK MEMBIAYAI PERBELANJAAN ANDA...
- SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SIMPANAN UNTUK KECEMASAN PERIBADI ATAU KELUARGA ANDA...
- SEKIRANYA PEMIUTANG KERAP MENGHUBUNGI ANDA...
- SEKIRANYA ANDA DIBERI NOTIS TUNTUTAN GUAMAN...
- PENGURUSAN KEWANGAN - Buat simpanan untuk masa hadapan. Mulakan menyimpan bermula hari ini. Menyimpan sekurang2nya 10% drpd pendapatan bulanan. Sediakan duit untuk perkara kecemasan. Lakukan bajet dan rancang ia dengan bijak. Sentiasa meletakkan sasaran mengenai perancangan kewangan.
- PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN - Tahu tujuan pinjaman dilakukan dan tahu bagaimana untuk melangsaikannya. Sentiasa berhati2 dengan terma dan syarat pinjaman itu. Mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif pinjaman anda. Sentiasa menepati waktu bayaran untuk memberikan reputasi yg baik dan mengelakkan kadar faedah yg tinggi. Jangan sekali2 membuat pinjaman drpd peminjam tidak berlesen.
- PENGGUNAAN KAD KREDIT - Jadilah pengguna yg bertanggungjawab. Jangan gunakan kad kredit anda untuk pendahuluan wang tunai. Jangan gunakan kad kredit anda selagi belum membuat bayaran untuk bulan yg lepas. Cuba lunaskan hutang kad kredit dan jika tidak bayar melebihi amaun minimum yg ditetapkan. Periksa semua penyata kad kredit anda supaya tiada penyalahgunaan oleh pihak lain. Disiplinkan diri apabila menggunakan kad kredit dan jangan terlalu mengikut kehendak kerana ini boleh menjadi tabiat kurang baik.
Labels: hutang
Arinie lilicomel nk sambung b'kenaan tajuk entry 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...Tajuk kecil pd arinie adalah 'Kawalan Kewangan'...nk tau lebih lanjut sila baca entry di bawah...terima kasih...
Kini, NPL CSB memasuki IPTA,IPTS, koperasi dll agensi yg b'minat bagi memberi pendidikan mengenai pengurusan kewangan dan kredit. Ini kerana mereka melihat ia merupakan 1 perkara penting untuk menguruskan kehidupan.
"Hutang yg tidak diuruskan dengan baik juga akan menyebabkan ancaman kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Ia boleh membawa kepada penceraian, pergaduhan rumah tangga sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga, anak2 & masyarakat sekeliling." Diriwayat dari Bukhari bahawa Rasulullah SAW berpesan, "Individu yg meminjam dan berniat ingin mengebalikannya, maka Allah akan mengembalikan pinjaman itu, tetapi individu yg meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya," (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Kepada mereka yg mahu berhutang, perkara utama yg perlu dilakukan ialah tanya kepada diri sendiri, BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR SEMULA HUTANG ITU?. Mereka juga perlu tahu komitmen lain yg perlu dijelaskan seperti perbelanjaan isi rumah, perubatan dan pelbagai lagi. Sekiranya berasa yakin dan mempunyai jalan untuk melangsaikan hutang, maka bolehlah mereka mengambil komitmen itu.
Pengguna dinasihatkan agar mengambil tahu mengenai kadar faedah efektif yang dikenakan sebelum membuat mana2 pinjaman. Ramai antara peminjam yg tidak memahami mengenai perkara ini. Pendidikan kewangan dan kredit adalah penyelesaian ke atas semua masalah yg dihadapi oleh pengguna pada masa ini. Jadi NPL CSB di bawah PROGRAM PENGURUSAN KREDIT PINJAMAN (Program PKP) menjadikannya sebagai objektif Program PKP iaitu menyediakan satu kaedah yang efektif bagi MEMBANTU SERTA MEMUDAHKAN PEMINJAM MEMBAYAR HUTANG DAN MEMBINA SIMPANAN MASA DEPAN ANAK2. Ini sekaligus membolehkan mereka hidup dalam keadaan tenteram melalui cara pengurusan kredit yg wajar.
*akan bersambung pd masa akan datang..terima kasih...
Labels: hutang
Salam semua....arinie lilicomel nk sambung citer yg t'gendala sblm nie b'kaitan dgn 'Jangan Biarkan Hutang Makan Diri'...
NPL yg ditubuhkan mempunyai visi iaitu 'Bayar Hutang secara Muafakat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun berhutang sesuatu perkara yang tidak dilarang dalam Islam, namun apa yang perlu diingatkan ialah setiap hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud: " Semua dosa orang yg mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah).
Melalui hadis tersebut dapat kita membayangkan betapa beratnya hukuman ke atas hutang yang tidak dibayar. Dengan itu pihak NPL CSB telah menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka yag mempunyai masalah untuk merancang membiayai hutang yg telah membebankan.
Menurutnya, peserta yg mendapatkan perkhidmatan NPL CSB tergolong daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakkan kes dan faktor yg menyumbang kpd masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman adalah disebabkan lemah pengurusan wang, kurang punca pendapatan, tidak bertanggungjawab dan ambil mudah hukum hutang.
lilicomel akan sambung semula pd masa akan datang...tq
Labels: hutang
Labels: hutang
salam...tajuk entry kali nie adalah misz...act ak xtau pn nk post per...tp tb2 ak t'pk nk posttajuk nie...mayb die b'kaitan dgn ak kot...yg sgt2 misz 'it'...hohoho~
Labels: ntah
BAHAN A:
250 ml mentega
400 gm gula kastor
BAHAN B:
5 biji telur gred B
BAHAN C:
100 gm serbuk koko
400 gm tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN D:
400 ml susu segar
100 ml krim putar UHT
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B sebiji demi sebiji, kemudian putar lagi.
3. Satukan bahan C. Kemudian satukan pula bahan D.
4. Masukkan bahan C dan bahan D berselang-seli. Putar sehingga sebati (sekejap sahaja).
5. Sapukan bekas alumunium dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
6. Bakar selama sejam setengah atau sehingga masak pada suhu 180oC.